AKU @ BALI
(percutian selama seminggu 28/11/13- 05/12/13 )
(percutian selama seminggu 28/11/13- 05/12/13 )
BALI satu nama yg tidak perlu
diperkenalkan lagi.Tumpuan pelancong satu dunia,malahan pelancong
asing lebih mengenali Bali dari Indonesia.....lebih mengenali KUTA
dari Bali
Apa yg istimewa sangat dengan Bali?
Keunikan yg tiada ditempat
lain...banyak kelainan & keistimewaannya.
-Pantai
-Keindahan semulajadi
-Budaya & agama
-Kelab malam ,minuman keras &
hiburan malam yg menjanjikan keseronokan pada yg muda & non
muslim dgn harga yg murah.
*TETAPI INGAT PENIPUAN KEPADA PELANCUNG
ADALAH YG AMAT TINGGI DISINI
Baik dari segi perkhidmatan
teksi,kedai makan-apalagi pelancung muslim yg sukar mencari kedai
halal ,kerana disini majoroti penduduknya beragama hindu.kena pancung
cukup cukup-makan kat hotel adalah pilihan terbaik kerana ada list
harga dan menu.selamat dari penipuan,mahal sikit tak apa.
Semuanya berbayar disini”Enggak ada
yg gratis(percuma) disini pak”.Kata supir(driver) kami ,nak kencing
pon berbayar,nak sembahyang pakai Musolla pon kena bayar.Nak isi
angin tayar pon kena bayar(IDR 15.000)=RM 4.50
APA YG PERLU DIELAKKAN APABILA BERADA
DIBALI?
-Makanan non halal,tapi pada setengah
tempat mudah utk mendapatkannya.seperti di Bedugul ada kelompok
masyarakat islam disini.siap ada masjid lagi.(masjid besar al
hidayah) Kami sempat berjemaah Zohor disini.Mengelirukan kerana raut
wajah adalah melayu.kadang kadang yg lelaki memakai songkok atau sama
saja memakai lilit kepala khas Bali tak kira islam atau hindu. Mana
muslim atau hindu.? Tapi yg wanita kita boleh kenal dgn pemakaian
hijab.makanan tempatan yg paling terkenal ialah babi guling.jangan terpedaya jika ada orang memberi salam atau kita berisalam dia jawab kerana belum tentu islam.pada mereka salam hanyalah ucapan hormat seperti "hello"
-PENGINAPAN
Amat banyak jenis penginapan dengan
harga berbeza
dari sewa bilik,hotel
murah.lostman.acomodation,apartmant.sehingga hotel berbintang 5
sewa kira ok lah.memuaskan.kadar bilik
2 orang dengan AC IDR350.000(rm100.00).bilik berseh dan kemas.tapi
jika anda seorang back packers(pelancung mengembara) saya syorkan hotel
taraf rendah dalam kadar IDR 50.000-150.000.Kira ok juga.Tetapi jika
anda bersama keluarga elakkan tempat
penginapan disekitar Poppies lane
.disini tumpuan pelancung mat
saleh,faham faham sajalah....tidak baik untuk anak anak....tapi
disinilah surga dan pusat pelancung luar.....murah!!!!
-MEMBELI BELAH
Seandainya anda ingin mencari kain baju
@ cenderamata sebolehnya jgn beli ditempat tumpuan pelancung seperti
di KUTA.LEGIAN DLL.Harga tak masuk akal.tetapi kita tak perasan
kerana keliru
dengan pertukaran mata wang atau kita
tak tahu harga pasaran sebenar.satu contoh sehelai t shirt diKuta
@Legian harga ditawarkan sehingga IDR 80.000 walhal harganya cuma IDR
15.000(RM 4.50) currency IDR10 000=RM3.70 (bergantung pasaran
mata wang semasa,rate akan berubah setiap hari)
Nasihat saya jika anda berminat nak
murah beli di Tanah Lot. atau pergi ke Denpasar (pasar badong &
Kumbasari).atau dikomplek grosir krisna (borong) di Legian/Kuta ..amat
murah....
LAWATAN
Amat banyak tempat lawatan menarik
disini.saya jamin anda tidak akan bosan
jika anda mengikuti pakej atau
percutian singkat 3 hari 4 malam sudah mencukupi.3 hari habis pusing
satu pulau bali.Tarikan utama Bali adalah pantainya.banyak pantai
indah sepertiKuta,Legian ,Sanur,Padang padang,Jimbaran dll.Ombaknya
fuhhh...terbaik
OBYEK WISATA -(TEMPAT TARIKAN)
TANAH LOT
Disini terdapat sebuah pura(kuil) yg
dibina atas batu karang dan juga pura batu bolong
BEDUGUL
Danau ulu beratan.Tasik yg cantik
dengan binaan seni bina yg mengagumkan
KINTAMANI-GUNUNG BATUR
Pemandangan atas gunung ......sejuk
UBUD-TEGAL LALANG
Sawah padi teres.....
terindah
ULUWATU
Pura diatas tebing curam
DENPASAR
BUDAYA-ADAT-AGAMA
PANTAI
PURA ADAT DESA BATUAN
JIMBARAN
ACTIVITI BEBAS LEGIAN/KUTA DLL
No comments:
Post a Comment